Site news

 
 
Picture of System Administrator
Pertandingan Poster Kreatif
by System Administrator - Wednesday, 26 October 2016, 6:31 AM
 

TEMA MINGGU 4

Permata Hatiku (Pelindungan Kanak-Kanak Di Atas Talian)

1. Keselamatan kanak-kanak di Internet

2. Maruah kanak-kanak di Internet

3. Oversharing maklumat anak-anak di Internet oleh ibu bapa

4. Keprihatinan ibu bapa terhadap aktiviti anak-anak di Internet


Penerangan Tema:

Ibu bapa harus sedar bahawa apa yang merbahaya di dunia nyata juga merbahaya di alam siber, cuma ia dalam bentuk yang berbeza. Antara ancaman melalui Internet yang dihadapi oleh kanak-kanak termasuklah buli siber, pemangsa sexual, pornografi, penipuan, peras ugut, dan reputasi buruk.

Keprihatinan ibu bapa terhadap aktiviti anak-anak mereka di Internet amat penting sebagai langkah berjaga-jaga. Selain itu, ibu bapa juga harus peka akan risiko yang anak-anak mereka hadapi melalui gambar-gambar atau catatan yang mereka muat naik di laman sosial kerana ia melibatkan maruah anak-anak tersebut.

 TEMA MINGGU 5

Antara Pahala Dan Dosa (Perkongsian Maklumat)

1. Satu klik menentukan kebahagian atau kehancuran

2. Pilihan antara berkongsi kandungan yang berimpak positif atau negatif (negatif-fitnah, aib, bohong, gosip, penipuan. Positif- ilmu pengetahuan, info amaran keselamatan, tip-tip, kebajikan masyarakat)

3. Perpaduan masyarakat Malaysia

4. Provokasi tentang isu-isu yang sensitif


Penerangan Tema:

Pilihan di tangan anda. Satu klik boleh menentukan samada anda menyumbang kepada kandungan yang mempunyai kesan positif atau negatif (Negatif: Fitnah, aib, bohong, gosip, penipuan. Positif: Ilmu pengetahuan, tip-tip yang berguna, kebajikan masyarakat).

Sebagai contoh, jika kita tidak berhati-hati, perkara yang kita  sebarkan boleh membawa kepada kebahagian atau kehancuran sebuah keluarga. Pastikan apa yang dikongsi membawa kepada perpaduan masyarakat Malaysia dan bukan provokasi tentang isu-isu sensitif. Bak kata pepatah, “Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya”.

 TEMA MINGGU 6 

Menjauhkan Yang Dekat (Ketagihan Internet)

1. Nilai-nilai kekeluargaan

2. Internet bukan segalanya

3. Menghargai kehidupan di luar talian (bersatu dengan alam semulajadi, bermasyarakat)

4. Ketagihan Internet

5. Be home and love your family

6. Tidak membiar internet mengganggu kesejahteraan keluarga (hubungan suami isteri, ibu bapa dengan anak-anak, anak-anak dengan ibu bapa)

7. Disconnect to connect

 

Penerangan Tema:

Pengguna Internet boleh menjadi terlalu asyik melayari Internet sehingga terlupa untuk menghargai kehidupan di dunia nyata. Pengguna seharusnya berwaspada supaya penggunaan Internet tidak mengancam kesejahteraan hidup mereka atau membawa kepada ketagihan (excessive use).

Disconnect to connect - Hidup ini lebih dari sekadar Internet. Kita perlu mahir untuk mengimbangi kehidupan di dunia nyata dan alam siber.

 

PENYERTAAN
1.    Karya yang dihasilkan untuk pertandingan ini hendaklah karya asli peserta dan tidak pernah diterbitkan. Ianya hendaklah berdasarkan tema yang telah ditentukan seperti berikut: (klik di sini untuk senarai tema)

2. Penyertaan setiap peserta dihadkan kepada satu (1) hasil karya bagi setiap tema. Peserta boleh menghantar sebanyak enam (6) hasil karya bagi penyertaan iaitu satu bagi setiap tema, bagi keseluruhan pertandingan.

3. Hasil karya hendaklah dihantar kepada pihak penganjur bagi tujuan pertandingan ini dalam bentuk jpeg. dan dimuatnaik ke portal pertandingan iaitu di laman sesawangwww.dakwahdigitalkdb.my

4. Sekiranya hasil karya yang dihantar dipilih sebagai pemenang, peserta yang berkenaan hendaklah menghantar fail hasil karya beresolusi tinggi kepada pihak penganjur. Kegagalan untuk berbuat demikian akan mengakibatkan hasil karya tersebut tidak termasuk dalam aktiviti tertentu seperti publisiti.

5. Saiz dan dimensi hasil karya beresolusi tinggi (final artwork) adalah seperti berikut:Size: 11” x 17” (28cm x 43cm)(1654 x 2539 pixel) (A3), Resolusi: 150 dpi, Orientasi: PotretFormat: Jpeg, Maksima File Upload: 1MB (1000kb)

6. Fail digital hasil karya yang dihantar bagi tujuan pertandingan ini perlu dinamakan dengan nama penuh peserta, diikuti dengan kategori penyertaan, dan tema.(Contoh: muhammad ahmad_umum_sabar sebelum sebar.)

7. Tarikh tutup penyerahan hasil karya untuk setiap tema adalah seperti berikut:

Tema 4: 30 Oktober 2016
Tema 5: 14 November 2016
Tema 6: 29 November 2016

8. Dengan menghantar hasil karya untuk penyertaan pertandingan, peserta dianggap telah bersetuju dengan semua terma dan syarat pertandingan.

9. Apa-apa maklumat mengenai penyertaan setiap hasil karya haruslah dinyatakan di bahagian rasional dalam borang penyertaan yang boleh didapati di laman sesawang www.dakwahdigitalkdb.my. Sebarang huraian atau maklumat lanjut mengenai karya tersebut yang dihantar kepada pihak penganjur melalui emel atau apa-apa platform media tidak akan dilayan.

 Contoh Poster:
12