Site news

 
 
Picture of System Administrator
About School
by System Administrator - Thursday, 13 November 2014, 4:32 AM
 

Pembukaan rasmi sekolah ini telah disempurnakan oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Al Sultan Kelantan pada tahun 1984. Pada masa itu, sekolah terdiri daripada sebuah Dewan Wawasan, 3 blok bangunan yang mempunyai 30 buah bilik darjah, 9 makmal Sains, 2 bilik ERT, 1 bilik pusat sumber, dan 1 pejabat, 1 blok makmal Kemahiran Hidup Bersepadu, 1 blok kantin, 1 gimnasium, 2 blok asrama puteri dan 4 blok asrama putera, 1 dewan makan, 1 blok pangsapuri guru, 1 blok wisma pekerja, sebuah rumah Pengetua dan sebuah rumah Timbalan Pengetua.
perasmian
PEMBUKAAN SEKOLAH

Kemudahan-kemudahan sukan terdiri dari padang permainan dan gelangang-gelanggang tenis, bola keranjang, bola sepak, bola tampar, dan badminton. Lain-lain kemudahan adalah seperti  bilik sakit bagi pelajar-pelajar yang sakit.

Pengetua pertama dilantik ke sekolah ini ialah Tuan Haji Nik Amin bin Jaafar.tapi beliau tidak sempat memulakan sekolah ini kerana beliau telah bertukar lebih awal dan diganti oleh Allahyarham Tuan Haji Abdul Rahman bin Haji Omar pada 16 Mei 1983. Kumpulan pelajar yang pertama terdiri dari pelajar-pelajar tingkatan satu telah melapurkan diri pada 16 julai 1983 dan pelajar-pelajar tingkatan 4 melapurkan diri pada 14 Ogos 1983. Jumlah keseluruhan pelajar pada tahun 1983 ialah 382 orang iaitu 253 pelajar putera dan 129 pelajar puteri. Bilangan guru pada masa itu ialah 46 orang dan kakitangan lain serarnai 35 orang.

Astaka sekolah ini telah dirasmikan dengan acara warna-warni oleh YAB Datuk Wira Abdul Rahman bin Haji Arshad, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia pada tahun 1987.

Majlis perasmian perletakan batu asas Masjid lbadul Rahman telah dirasmikan oleh YB Datuk Ahmad Rastom, Timbalan Menteri Besar Kelantan pada 18 Ogos 1988.

Pada 2006, sebuah dewan terbuka telah dibina di tapak Taman Mesra Alam. Bangunan makmal komputer baru juga telah siap dibina pada 2007. Ini akan memberi lebih banyak peluang kepada pelajar untuk akses kepada teknologi komunikasi maklumat. Pada awal 2000, 1 blok bangunan teknologi telah dibina dan mula digunakan.

Projek-projek sumbangsih juga didirikan hasil daripada sumbangan pelajar-pelajar tingkatan lima setiap tahun seperti dataran smach, gazibo dan sebagainya

SUMBANGSIH
SUMBANGSIH

Etos rasmi sekolah yang masih dikekalkan di sekolah ini yang juga menjadi kemegahan bagi sekolah ini di mana ianya sukar didapati di sekolah lain iaitu Malam Nostalgia, Malam Anugerah Warna, Upacara Pelantikan pengawas, dan Majlis Mini Konvokesyen. Upacara ini kebiasaannya melibatkan semua pelajar.

Pada 18/09/2013, Kementerian Pendidikan mengiktiraf Sekolah Menengah Sains Machang sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT), termasuk sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) yang julung kali menerima status itu. Selain SBT, sekolah ini juga menerima pengiktirafan sebagai Sekolah 5 Bintang, Sekolah Kluster dan Sekolah Bestari.

Dek kerana persekitaran sekolah dikatakan turut mempengaruhi proses P&P,maka inisiatif untuk memperindahkan lagi kawasan SMACH telah diambil.Persekitaran sekolah telah dihias indah dengan pelbagai hiasan. Kini persekitaran SMACH kelihatan lebih indah.