Site news

 
 
Picture of System Administrator
Logo, Misi dan Visi
by System Administrator - Thursday, 13 November 2014, 12:45 PM
 

WARNA
Kuning Melambang raja dan pemerintah.
Merah Melambangkan semangat dan daya juang untuk terus mara dan bergerak maju.
Biru Melambangkan perpaduan dan kasih sayang.
Hijau Melambangkan agama sebagai landasan dalam segala tindakan.
Putih Melambangkan kebersihan dan keikhlasan.

OBJEK
2 ekor kijang Lambang negeri Kelantan.Kijang juga melambangkan kepintaran dankecerdasan.
Kelalang dan gear melambangkan sains dan teknologi.
Buku melambangkan ilmu dan pengetahuan.
5 bulatan Melambangkan sukan dan kegiatan kokurikulum.
Rajah bulatan melambangkan pemuafakatan,kerjasama dan perkhidmatan penyanyang yang diamalkan di sekolah.

 

Misi SMSM

Sekolah Menengah Sains Machang akan menyediakan pendidikan terbaik berasaskan 4 tunjang bestari iaitu budaya berfikir,berakhlak mulia,bersifat global dan celik IT melalui pengurusan sistematik dengan berfokuskan akses kendiri,kadar kendiri dan terarah kendiri pelajar.

Visi SMSM

Menjelang Wawasan 2020 Sekolah Menengah Sains Machang akan melahirkan pelajar terbaik selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

Falsafah Negara

Pendidikan negara di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani , emosi
dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan.
Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian masyarakat dan negara.

Falsafah SMSM

Bahawasanya pelajar-pelajar sekolah ini mempunyai bakat dan potensi untuk cemerlang dari segi intelek.Oleh itu seluas-luas peluang dan dorongan akan diberi untuk mengembangkan inteleknya.Bahawasanya kami guru-guru selaku pendidik di sekolah ini akan berusaha bersungguh-sungguh memberi bimbingan,pengajaran dan didikan yang bermutu,selaras dengan matlamat menjadikan sekolah ini sebagai pusat kecemerlangan