Site news

 
 
Picture of System Administrator
Piagam
by System Administrator - Thursday, 13 November 2014, 4:56 AM
 
Piagam SMSM

Kami warga Sekolah Menengah Sains Machang,dengan penuh tekad dan iltizam berjanji akan berusaha mencapai:

KECEMERLANGAN PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN
Memastikan perlaksanaan pengurusan sekolah yang cekap dan amanah.Mengamalkan kepimpinan berteraskan ketakwaan,keimanan dan musyawarah.Bermuafakat dan berinteraksi sepanjang masa dengan masyarakat setempat ke arah melahirkan budaya kerjasama.Memastikan kemantapan organisasi melalui pengamalan sikap tegas,toleransi dan bijaksana.

KECEMERLANGAN KURIKULUM
Memastikan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti dan berkesan.Membina daya saing yang tinggi untuk mencapai kecemerlangan.Melahirkan pelajar yang cemerlang dalam akademik,berketerampilan serta mampu mengisi bidang-bidang yang dikehendaki oleh negara.

KECEMERLANGAN KOKURIKULUM
Menyediakan ruang dan melatih pelajar menjadi pemimpin yang berwibawa.Melahirkan insan yang serba boleh dan dapat menyumbang ke arah pembinaan bangsa dan negara.

PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA
Melahirkan warga yang penyanyang,kreatif,inovatif dan proaktif dalam menghadapi cabaran.Menjamin pembinaan insan yang bersepadu melalui pembinaan minda dan penitisan ilmu.

Kami mengiktiraf hak-hak pelanggan:
Mendapat perkhidmatan dan layanan yang mesra dan adil.Memberi maklumbalas dan penilaian membina ke atas perkhidmatan kami.

Wawasan SMSM

Perubahan yang pantas dan di luar jangkaan dalam persekitaran pendidikan menjanjikan masa depan yang tidak menentu dan penuh cabaran kepada generasi masa kini. Perkembangan ini menuntut kebijaksanaan seluruh barisan pendidik melakukan muhasabah terhadap pegangang yang selama ini menjadi amalan dalam proses mendidik anak bangsa.Oleh itu,memang wajarlah sekolah mempunyai wawasan yang menjurus jauh ke depan,bagi memastikan penghayatan,kesungguhan,komitmen,penyatuan dan penyusunan penyediaan perancanaan dapat disediakan lebih mantap.Wawasan SBP mengandungi 4 konsep dan budaya yang ingin diwujudkan melalui wawasan selaras ialah:


Kecemerlangan Ilmu
i. Melahirkan sifat positif terhadap ilmu dan pengalaman yang sepanjang hayat.
ii. Memastikan kesinambungan ilmu dan keintelektualan melalui pembinaan
minda.
iii. Menjamin pembangunan insan seimbang melalui penitisan ilmu bersepadu.
iv. Menyediakan sumber manusia yang berketerampilan dan mempunyai daya
saing yang tinggi.
v. Memungkinkan bakat-bakat mendapat nilai komersial.
vi. Meningkatkan daya imiginasi,kreativiti dan inovasi dalam menghasilkan
ciptaan melalui penyelidikan dan pembangunan.

Kemampanan Sahsiah
i. Mewujudkan kepimpinan berteraskan ketaqwaan,keimanan dan prinsip
musyawarah.
ii. Menyediakan warga sekolah yang berdedikasi,berdisiplin,bertanggungjawab
dan produktif.
iii. Melahirkan warga berbudi bahasa,jujur,amanah, dan berhemah tinggi
iv. Melahirkan manusia yang bersikap kebertanggungjawaban yang jelas ke atas
apa yang diamanahkan.
v. Menyediakan landasan ke arah kejayaan di dunia dan di akhirat.

Kesejagatan Kepimpinan
i. Mengamalkan kepimpinan bersikap tegas,berani,toleransi dan bijaksana
ii. Menghasilkan pemimpin yang mempunyai misi dan visi yang jelas.
iii. Memupuk pemimpin yang bermuhasabah dan terbuka.
iv. Memupuk dan meneguhkan bakat dan saudaya kendiri ke taraf antarabangsa.

Kejituan Patriotisme
i. Membina kesedaran diri sebagai warga negara.
ii. Menanam semangat rela berkorban untuk negara.
iii. Menyokong dan merealisasikan dasar-dasar negara.
iv. Melahirkan semangat kekitaan yang kukuh dan padu.
v. Penyatuan matlamat,idea dan amalan ke arah pencapaian wawasan.
vi. Melahirkan semangat hormat menghormati,kasih saying tanpa batasan kaum
dan status.