Site news

 
 
Picture of System Administrator
SBP STREAM SHOWCASE : Cabaran 2
by System Administrator - Sunday, 17 July 2016, 3:35 PM
 

TEMA: Mereka Permainan

Cabaran kedua STREAM Showcaseadalah berdasarkan kepada keupayaan murid berkolaborasi, menstrategi dengan kritis, menyatukan idea dari pembacaan dan pengalaman seharian  dan berkomunikasi dalam menyelesaikan masalah taktikal.

 Syarat Penciptaan Permainan:

1.  Setiap pasukan dikehendaki untuk mencipta sebuah permainan untuk enam (6) orang pemain;

2.  Permainan ini mestilah mengandungi tiga (3) pusingan bertujuan untuk menguji:

      2.1       kepantasan peserta menyelesaikan tugasan

      2.2       ketepatan peserta dalam aspek pengukuran/ pengiraan

      2.3       kecerdasan peserta untuk mengubah pemboleh ubah yang berkaitan

3.  Durasi permainan ini mestilah TIDAK melebihi 10 minit;

4. Permainan yang direka menggunakan sekurang-kurangnya menggunakan empat (4) bahan yang di senaraikan dibawah:

             4.1       spring                                                  4.5       kayu

             4.2       botol plastik/ kaca                         4.6       guli/ bebola besi

             4.3       kertas                                                  4.7       sarang telur

             4.4       penyedut minuman                      4.8       getah

5. Mempunyai kriteria khas bagi menentukan markah setiap permainan yang telah direka.