Site news

 
 
Picture of System Administrator
Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan kali ke-23
by System Administrator - Thursday, 11 August 2016, 8:46 AM
 

9/8/16:- Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan kali ke-23. Tema "Kepimpinan Berwawasan Menerajui Gelombang Kedua PPPM 2016-2020: Mendepani Cabaran"

Intipati Ucapan Ybhg. Tan Sri Dr. Khair Mohamad Yusof - KPPM

1. Fokus Utama KPM bertumpu kepada Gelombang ke-2 PPPM iaitu mempercepat proses transformasi. Justeru, tumpuan transformasi menjurus kepada perkara 'Apa yang berlaku di bilik darjah'. Dalam konteks ini penekanan kepada kurikulum yang digunakan dalam Bilik Darjah. Pelaksanaan KSSM tahun 2017 merupakan satu elemen menyegarkan semula kurikulum yang menekankan cara penyampaian di bilik darjah:-
1.1 Perlu ada pendekatan baru dalam melaksanaan KSSM.
1.2 Tanggungjawab seorang PGB memahami 3 perkara dlm pelaksanaan KSSM iaitu:-
1.2.1 Standard Kandungan
1 2. 2 Standard Pembelajaran
1.2.3 Standard Prestasi
Ketiga-tiga elemen berjalan serentak dalam pelaksanaan KSSM. Situasi ini jika dilaksanakan akan mengurangkan Penekanan Kepada Peperiksaan.
1.3 Dalam pelaksanaan KSSM pembelajaran mengikut kemampuan dan masa yang sesuai contohnya jika kandungan subjek boleh diselesaikan dalam tempoh 10 minit maka guru boleh selesaikan kandungan mata pelajaran tersebut. Setelah itu, guru boleh berpindah ke topik lain.

Fokus ke-2:-
Bagaimana dilaksanakan di bilik darjah?
2.1 Penyampaian kurikulum di bilik darjah menggunakan Kaedah PdP Abad ke-21. Apa yang berlaku di bilik darjah kini " There is something missing in the classroom".
2.2 Pemahaman tentang PA21 perlu jelas dalam kalangan guru. PA21 bermaksud:-
2.2.1 - berpusatkan murid yang bermaksud, murid dapat berinteraksi sesama sendiri dan boleh menzahirkan Learning Objective dan Success Criteria dalam pembelajaran. Sebagai contoh fungsi Traffic Light difahami, diperkasakan dan digunakan dalam pelaksanaan PA21.

Fokus 3:-

3.1 Situasi kini, guru tidak menggunakan sistem traffic light sebagai elemen pemberian band kepada murid dalam Pentaksiran sekolah. Guru harus mahir dalam penilaian pemberian band kerana band 4,5 dan 6 boleh diberikan kepada murid yg berada dalam sistem traffic light hijau dan membantu menggerakkan murid yg berada dalam traffic light merah ( salah satu elemen PA21)

3.2 Pembaharuan dalam.bilik darjah di mana peranan Sisc+ dan Sip+ membantu dalam meningkatkan kecemerlangan pedagogi.

3.3 Istilah Guru Cemerlang bukan lagi bermaksud cemerlang mata pelajaran tetapi harus Cemerlang Pedagogi iaitu Mampu Membantu guru mata pelajaran lain meningkatkan kecekapan dalam PdP. Inilah yang dimaksudkan dengan Distributed Leadership.

3 4 Driving force ialah pemimpin di sekolah yang terdiri drp Pentadbir dan guru harus menjadi Kepimpinan Berwawasan. Pemimpin sebegini tahu membawa organisasinya menuju wawasan yg dikehendaki.
3.5 Organisasi berwawasan perlu tahu:-
a. Siapa
b. Jadi apa?
c. Bila

3.6 Organisasi berwawasan perlu ada " "Management Excellent"
Sebagai pemimpin harus peka dengan perkara berikut:-
a. Penting
b. Segera
C. Penting dan segera
Jika pemimpin tidak menyegerakan perkara yang akhirnya akan mewujudkan krisis.

3.7 Kepimpinan perlu kreatif dan inovatif dan bertindak lain daripada biasa / luar biasa

3.8 Dua perkara yang perlu kita tawan daripada guru iaitu:-
a. kebolehan mereka
b. kemahuan
Jika cikgu ada kedua-duanya mudah pengurusan.

Tetapi yang paling berbahaya jika guru tiada kedua-dua sifat di atas.

Fokus yang paling penting PdP di dalam bilik darjah perlu ada transformasi. Perlu ada perancangan yang rapi. Sekolah perlukan Pemimpin yang berkaliber dan berwibawa.

Paling penting kita semua dari peringkat KPM hingga ke sekolah "bersatu hati"

"The heart of the tranformation is the tranformation of the heart".

Sekian, catatan daripada Pn. Rubaiya Abu Nawas
Pengetua SMKPR Melaka
Peserta Seminar