Site news

 
 
Picture of System Administrator
Program Mapen
by System Administrator - Wednesday, 17 August 2016, 10:48 AM
 

1.0            TAJUK

PROGRAM KOLABORASI MAPPEN 2016:

PECUTAN SPM SEKOLAH BERASRAMA PENUH

 

2.0     PENGENALAN

Program Pecutan SPM ini adalah satu usaha berterusan dalam memantapkan penguasaan murid khususnya yang berpotensi cemerlang bagi mata pelajaran kritikal iaitu Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi dalam SPM 2016.

 

3.0     LATAR BELAKANG

Program Pecutan SPM adalah salah satu platform yang disediakan pleh SBP dengan kerjasama Majlis Pengetua dan dikelolakan oleh MAPPEN. Program ini telah bermula sejak tahun 2014 yang dilaksanakan secara berpusat. Ia hanya melibatkan 12 buah SBP. Mulai tahun 2015, program ini diperluaskan ke seluruh SBP yang melibatkan 13 zon. Matlamat program ini untuk membantu pelajar mencapai kecemerlangan dalam mata pelajaran elektif.

Penekanan dan tumpuan program ini adalah kepada penguasaan minimum pada topik-topik asas dalam mata pelajaran Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi. Para pelajar dibimbing untuk menguasai kemahiran minimum yang diperlukan bagi memperkasa penguasaan mata pelajaran tersebut.

 4.0     OBJEKTIF:

4.1       Membantu dan membimbing murid untuk meningkatkan prestasi sekurang-kurangya gred C bagi mata pelajaran Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi.

4.2       Memberi asas pengetahuan minimum mata pelajran Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi bagi memastikan murid memahami asas mata pelajaran tersebut.

4.3       Memberi semangat dan suntikan untuk terus berjaya.


Program tersebut bermula pada petang khamis, 11/8/2015 dan berakhir petang sabtu 13/8/2016. Mata pelajaran yang terlibat adalah fizik, kima, biologi dan matematik tambahan. Sekolah yang terlibat adalah SM Sains Machang, Jeli, Pasir Putih, Faris Petra dan Setiu. Tempat di makmal Sains Sekolah Menengah Sains Machang.

mapen 1

mapen 2

mapen 3

mapen 4