Site news

 
 
Picture of System Administrator
PELAPORAN PdPR MELALUI SPdPR MULAI 4 JULAI 2021
by System Administrator - Sunday, 4 July 2021, 11:38 PM
 

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia telah menyediakan Sistem Pelaporan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (SPdPR) bagi membolehkan semua guru melapor Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) secara lebih sistematik. (Rujukan surat: KPM.600-9/6/26 Jld 2(57), bertarikh 2 Julai 2021)

JPN Kelantan terlibat dalam Fasa Pengujian Akhir SPdPR ini bermula 4 hingga 15 Julai 2021 bagi uji lari dan memastikan Pelaporan PdPR dapat dilaksanakan dengan lancar.

Sehubungan dengan itu, semua guru di Kelantan perlu melapor PdPR melalui SPdPR bermula pada 4 hingga 15 Julai 2021 dan pelaporan melalui Google Form sebelum ini terbatal.

Log masuk ke SPdPR adalah melalui:
https://spkelantan.moe.gov.my.

SPdPR di peringkat sekolah ditadbir urus oleh pentadbir sekolah dan guru penyelaras (admin) SPdPR yang dilantik oleh sekolah masing-masing.